Covid-19
Tular HelpDesk Cara Cepat Dapat Vaksin? Tak Ada Jalan Pintas, Itu Palsu!
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat mesej palsu telah tersebar di media sosial berhubung jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin.
Berita tersebut dimaklumkan KKM menerusi posting di akaun Instagram rasminya semalam.
Menerusi hantaran tersebut, KKM meminta supaya orang ramai tidak mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam mesej palsu tersebut.
“Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.
“Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera,” jelas KKM.
Malah pengguna itu mendakwa dia telah mencuba kaedah tersebut dan berjaya mendapatkan janji temu vaksin selepas sekian lama menunggu.