Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Ujian Saringan COVID-19 Positif, Walaupun Mereka Duduk di Rumah” – Kes Dua Beradik Di Perak Mungkin Kes Sporadik

Fiza Kamarudin 13/05/2020 | 05:56 MYT
Kes dua beradik yang disahkan positif Covid-19 di Perak kelmarin berkemungkinan kes sporadik.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian saringan yang dilakukan mendapati mereka positif wabak itu meskipun kedua-dua mangsa duduk di rumah selama dua bulan.
Dr Noor Hisham berkata, status ujian bahawa kedua-dua adik beradik itu positif hanya diketahui sebaik mereka menjalani ujian saringan sebelum kembali bekerja.
"Kalau kita lihat (kes) yang telah dikenal pasti ini mungkin kes sporadik. Kalau dapat kesan sebab dia (kedua-dua beradik itu) menjalankan ujian sebelum mereka kembali bekerja.
"Jadi kepatuhan kilang itu atau individu berkenaan yang menjalankan saringan adalah baik sebab kita dapat kenal pasti kes-kes sporadik.
"Kes sporadik (di Malaysia) tidak ramai dan semakin berkurangan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes dua beradik tersebut yang didapati positif Covid-19 meskipun hanya berada di rumah dalam tempoh dua bulan.
Isnin lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua beradik di Perak yang disahkan positif Covid-19.
KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak kini sedang menjalankan siasatan berhubung punca dua beradik itu dijangkiti wabak berkenaan.
Sumber: Malaysia Gazette
Foto: Free Malaysia Today
#KKM #COVID-19 #Dr Noor Hisham
;