Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

Uniknya…Pelukis Ini Hasilkan Potret Dr Noor Hisham Menggunakan 4,219 Batang Skru!

Fiza Kamarudin 05/05/2020 | 03:36 MYT
Seorang pelukis dikenali sebagai Choong Chee Leong, menjadi perhatian warganet apabila karya uniknya mula tular di media sosial.
Chee Long telah menghasilkan potret Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menggunakan 4,219 batang skru.
Menariknya, Chee Long atau lebih dikenali sebagai Ahguu ini mahu menghadiahkan karya tersebut kepada Dr Noor Hisham sebagai tanda perhargaan berjuang melawan pandemik COVID-19.
Ahguu turut berkongsi sepotong video ketika potret unik tersebut dihasilkan di laman sosial Instagramnya, dua hari lalu.
“Drawing with 4219 screws. Dedicate this artwork to Datuk Seri Noor Hisham Abdullah made from 4219 screws (Lukisan dengan 4,219 skru. Karya ini didedikasikan kepada Datuk Seri Noor Hisham Abdullah diperbuat daripada 4,219 skru),” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Potret tersebut mengambil masa dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya.

Dedicate this artwork to Datuk Seri Noor Hisham Abdullah made from 4219 screws. Song - Standing In The Eyes Of The World - Ella Lil'boi - Fengfeng, 2y.o ? - FujiXT20 + 7Artisan55f1.4 / HuaweiP20Pro #artwork #4219pieces #screws #drill #bosch #huawei #fujifilm #portrait #MCO #dudukrumahdiamdiam #dudukrumahchallenge #noorhisham #kitajagakita #kitamestimenang #kementeriankesihatanmalaysia #thankyou #covid19 #lockdown #herowithoutcape #Malaysia #Malaysiaku #?? @drnoorhishamfans @noor_hisham_abdullah @kementeriankesihatanmalaysia

A post shared by @ ahguu_handcraft on

Sementara itu Menerusi laporan Malay Mail, Ahguu telah melakukan pelbagai eksperimen seni dalam mempelbagaikan karyanya sejak beberapa tahun lalu.
Antaranya menggunakan benang dan paku sebagai bahan seni dalam menghasilkan karya lain dari yang lain sebagai cabaran buat dirinya.
Pemuda berusia 33 tahun berasal dari Perak itu berkata menghasilkan karya seni dengan bahan seperti skru dan tali ibarat "perjudian" kerana hasilnya tidak nampak sehingga ia selesai.
“Kita tak akan tahu hasil tangan kita akan menjadi atau sebaliknya sampailah kerja kita selesai. Seperti lukisan skru Dr Noor Hisham ini, setiap skru yang dipasang mestilah tepat pada kedudukannya.
"Jika tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain,” katanya.
Sumber: Malay Mail
#COVID-19 #Dr Noor Hisham #Lukisan Skru
;