,
Covid-19

UPSR & PT3 Tahun Ini Batal, SPM Tunda 2021

Kamaruddin Razal
15/04/2020
16:05 MYT
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, umum Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Memetik laporan BERNAMA, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah, kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
"Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.
"Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan, untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik," katanya pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Katanya KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan, akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberi keutamaan.
Mohd Radzi berkata, keputusan itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.
Untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), jelasnya tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.
“Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat Diploma sehingga Julai atau Ogos 2021 manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021,” katanya.
Sumber: BERNAMA Kredit foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.