Covid-19

"Walaupun Tanpa Seorang Penonton, Stage Fright Tetap Ada" - Imran Ajmain Kongsi Belakang Tabir Rakam Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini'

gempak
ZULHILMI JALIL
02/05/2020
08:21 MYT
Sponsor Banner
"Walaupun Tanpa Seorang Penonton, Stage Fright Tetap Ada" - Imran Ajmain Kongsi Belakang Tabir Rakam Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini'
Penyanyi Imran Ajmain memberitahu bahawa dia turut mengalami masalah stage fright (gugup di atas pentas) walaupun sekadar merakamkan lagu tribute Sentiasa Di Sini sendirian di rumah.
Menurut Imran, perasaan gugup itu tidak dapat dielakkan biarpun tanpa ada penonton lain dihadapannya.
"Walaupun kerjayanya buat di rumah, bersendirian, dan tanpa seorang pun penonton, stage fright (rasa gugup) tetap ada.
"Rakam sendiri, shoot sendiri, buat semua sendiri, siap miming (meniru pergerakan mulut) video sendiri," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Imran berkongsi belakang tabir ketika dirinya merakamkan muzik video lagu Sentiasa Di Sini.
Sentiasa Di Sini merupakan sebuah naskhah terbitan Astro Gempak yang didedikasikan khusus buat rakyat Malaysia yang berjuang dan berkorban dalam memutuskan rantaian Covid-19.
Lagu tersebut menampilkan seramai 26 artis tempatan berpadu suara dalam menzahirkan sokongan dan semangat khususnya kepada golongan frontliner.
BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!
Sehingga kini, lagu tersebut yang diterbitkan sejak 15 April sudah mencatatkan lebih 3 juta tontonan di semua platform media sosial.
BACA: Wah! Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Dah Catat 3 Juta Tontonan, Memang Power!
Jadi, jom sama-sama kita layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024