Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“Wanita Mengandung Dijangkiti COVID-19 Berisiko Berdepan Komplikasi Serius” – Dr Say

Mya Amri 09/08/2021 | 09:50 MYT

Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi pendapat seorang pakar sakit puan berhubung isu sama ada wanita yang sudah berkahwin sesuai atau tidak untuk menimang cahaya mata di zaman pandemik.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini, Dr Say menyatakan rasa bimbang dengan varian COVID-19 yang dikesan dan juga peningkatan jumlah kes di negara ini.

Lebih-lebih lagi apabila isterinya, Dr Azura Abas juga sedang hamil anak kedua mereka.

Bagi menjawab segala kerisauan para wanita di luar sana, Dr Say telah merujuk pakar sakit puan iaitu Dr Maiza.

“Jadi saya mesej pakar sakit puan saya @dr.maiza bertanyakan pendapat beliau mengenai isu ni. Dr Mai balas “untuk hamil atau tidak ia terpulang kepada keputusan pasangan. Kita tidak tahu sampai bila pandemik ini akan berlanjutan. Saya sebenarnya bersetuju, ia adalah terbaik sekiranya menangguhkan terlebih dahulu hasrat tersebut kerana kesan itu bukan hanya dari segi fizikal malah kesihatan mental juga. Jadi nasihat saya untuk mereka yang ingin meneruskan hasrat tersebut, anda digalakkan untuk mendapatkan dua dos vaksin telebih dahulu dan patuh SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”.

“Cukup padat penjelasan kak Mai. Tambahnya lagi kepada pasangan yang sedang berikhtiar untuk hamil (TTC couples), latest guideline on 23.6.2021 mengatakan yang kalian boleh start treatment plan/ TTC immediately following completion of 2nd dose.

“Tak perlu tunggu tiga bulan lepas vaksin dos kedua. Cuma itulah kes sekarang 20k sehari dan terus terang cerita ia sangat menakutkan.

“Kalau tanya saya, lebih baik tunggu sikit sebab keadaan agak kritikal sekarang dan mengikut CDC, wanita mengandung yang dijangkiti COVID-19 berisiko berdepan komplikasi lebih serius.

“Pilihan di tangan anda tapi paling penting cukupkan dua dos vaksin dan please be extra careful peeps,” jelasnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Hari ini, pada tanggal 9 Ogos 2021, dunia industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian bintang kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Kuala Lumpur.

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu belum sedarkan diri dan masih bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, kelmarin.

Bagaimanapun malam tadi ketika majlis bacaan Yassin menerusi aplikasi Zoom, Shuib memaklumkan keadaan isterinya tenat selepas paras oksigen menurun sehingga 30 peratus.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

#Dr Say #COVID-19 #Wanita hamil #Dr Say Shazril #Risiko Wanita Hamil
;