Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

“The War On COVID-19 Is Not Yet Over!” – PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi, PM Harap Rakyat Terus Disiplin Duduk Rumah

Fiza Kamarudin 10/04/2020 | 09:02 MYT
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15 hingga 28 April ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Beliau berkata, perlanjutan itu selaras dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak menamatkan PKP dengan lebih awal.
PM turut mengumumkan beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat semasa PKP dari 15 April - 28 April, dan kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Bagaimanapun kata beliau, pengumuman tersebut tidak bermakna PKP dilonggarkan, sebaliknya rakyat dinasiharkan agar terus patuh dan duduk di rumah.
“Beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara peringkat dengan kawalan keselamatan dan pergerakan ketat.
“Tetapi itu tidak bermakna kita longgarkan PKP, perintah ini masih diteruskan dan semua arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa mestilah dipatuhi.
“Saudara saudari yang dikasihi sekalian, sebagai Perdana Menteri saya bertanggung jawab menjaga keselamatan nyawa semua.
“Setiap nyawa adalah berharga baik bayi, orang muda, orag dewasa ataupun warga emas. Semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa akibat virus ini adalah satu kehilangan besar buat negara.
“Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang sekeliling kita dengan mematuhi PKP.
“Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, just uplift your spirit to continue to fight! We will win!,” katanya.
#Perdana Menteri #Perintah Kawalan Pergerakan #PKP Dilanjutkan
;