Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Covid-19

WHO Jangka Covid-19 Berlangsung Tak Kurang Dua Tahun, KKM Saran PKPP Dilanjutkan

Fiza Kamarudin 24/08/2020 | 09:54 MYT

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.
"Dua tahun makan masa yang lama. PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu faham bahawa perlu sama-sama tangani penularan Covid-19.
"Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat saranan kepada Majlis Keselamatan Negara dan PM yang mana PKPP dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal.
"Jadi terpulang yang berhormat (PM) untuk umumkannya dalam masa terdekat, dan kita lihat di negara lain masih bergelut dan kes meningkat, kes import di negara yang tertentu bertambah.
"Di negara kita, kita (kementerian/kerajaan) masih memperkukuh dan kita mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya FELDA Bukit Besar, dekat Kulai, pada Ahad.

#KKM #COVID 19 #PKPP
;