Skip to main content

Danial Chuer Terkilan Ada Pihak Salah Eja Nama Arwah Bapa - “Nak Permainkan Saya Teruskan Tetapi..."

Danial Chuer Terkilan Ada Pihak Salah Eja Nama Arwah Bapa  - “Nak Permainkan Saya Teruskan Tetapi..."

Sekilas

  • Danial Chuer meluahkan rasa terkilan kerana nama keluarganya dieja salah untuk tujuan hiburan.
  • Dia menegaskan Chuer adalah nama sebenar arwah bapanya dan semua adik-beradiknya turut menggunakannya.
  • Danial berharap nama arwah bapanya dihormati dan tidak dipermainkan walaupun namanya sendiri boleh dijadikan gurauan.
Advertisement

Penyanyi, Danial Chuer meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa ada pihak yang sengaja mengeja nama keluarganya dengan salah demi tujuan hiburan.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Danial menegaskan bahawa nama Chuer bukan sekadar nama pentas, sebaliknya merupakan nama sebenar arwah bapanya yang turut digunakan oleh semua adik-beradiknya.


 

Menurut Danial, dia tidak kisah sekiranya namanya dijadikan bahan gurauan, namun berharap nama arwah bapanya tidak dipermainkan.


 

"Chuer itu memang nama betul dan nama arwah ayah saya. Kami adik-beradik semua ada Chuer. Awak nak permainkan nama saya, teruskan tetapi bukan nama ayah saya," tulisnya.


 

Dalam masa sama, Danial berkata dia sentiasa memegang dan menjaga nama baik arwah bapanya dengan penuh rasa hormat.


 

"Saya pegang nama ini sangat tinggi dan ia buat saya terkilan apabila ada individu yang salah eja demi hiburan anda," ujarnya.


 

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat buat Danial. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement