Dansa and Sing

"Ada Yang Terlebih, Ada Juga Terkurang" - Rizalman Komen Penampilan Peserta Dansa Dan Sing Secara Keseluruhan

gempak
Asraf Aided
15/01/2020
09:58 MYT
Sponsor Banner
"Ada Yang Terlebih, Ada Juga Terkurang" - Rizalman Komen Penampilan Peserta Dansa Dan Sing Secara Keseluruhan
Pereka fesyen terkenal dan juri tetap Dansa Dan Sing, Datuk Rizalman Ibrahim melihat ada sesetengah peserta program itu mempunyai kesalahan dari segi imej di atas pentas.
Menurut Rizalman, terdapat peserta yang kurang menyerlah dari segi pakaian, rambut dan secara keseluruhan. Pada masa yang sama, ada juga penampilan yang keterlaluan.
"Pada pendapat saya, ada peserta yang kurang menyerlah di atas pentas, penampilan mereka tidak cukup menarik dan membuatkan pihak juri kurang selesa melihatnya.
"Pada masa yang sama, ada juga peserta yang keterlaluan, bagi saya, pakaian yang dipakai Raja Syahiran ketika permulaan persembahannya agak keterlaluan dan kelihatan lucu untuk dipentaskan," ujar Rizalman.
Rizalman berkata demikian ketika ditemui di sidang media selepas tamatnya konsert kedua Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.
Walaubagaimanapun, Rizalman akui beberapa peserta lain tidak melakukan kesalahan dari segi penampilan.
"Namun begitu, beberapa peserta yang lain tidak melakukan kesalahan dari segi penampilan, ada juga yang kelihatan sempurna dan selesa untuk ditonton," tambahnya.
Rizalman telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap bersama guru tari terkenal, Linda Jasmine dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024