Dansa and Sing
"Banyak Mata Dan Mulut Bercakap Tentang Sikap Saya Yang..." - Arja Lee Terbuka Dengan Kritikan
Pelakon dan penyanyi Arja Lee mengakui dia sentiasa bersifat terbuka untuk menerima segala kritikan yang dilontarkan kepadanya sepanjang pembabitannya dalam program realiti Dansa Dan Sing.
Arja atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli, 37, berkata, biarpun sering dikritik dia sentiasa melihat teguran itu dari sudut positif.
"Tak sangka selama lima minggu saya berada dalam #DansaDanSing tanpa saya sedari banyak mata-mata dan mulut-mulut melihat juga bercakap tentang sikap saya yang tenang dan profesional setiap kali dikomen, dikritik dan diaju pelbagai soalan dan tumpahan kata-kata memedih hati dan perasaan.
"Sememangnya si Arja ni memang begitu sikap dan perangainya. Menerima apa sahaja dengan hati yang cukup terbuka. Anggap saja itu satu penambah baikan untuk sesuatu yang lebih baik dan sempurna," tulisnya.
Arja berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Perkongsian Arja itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memberikan sokongan kepadanya untuk terus berusaha memperbaiki segala kekurangan yang ada.
"Tak apa, masih ada peluang lagi untuk membuat persembahan yang terbaik bersama The Pirates.
"Go Arja dan The Pirates, kami sentiasa menyokong kalian!," tulis sebahagian pengikutnya.
Sebelum ini, Arja juga pernah mengakui pembabitannya dalam program realiti itu benar-benar mencabar kemampuan dirinya.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video