,
Dansa and Sing

"Kami Sebenarnya Bangga Kerana..." - Atilia & Yasmin Hani Nafi Jadikan Umur Sebagai Alasan

Asraf Aided
20/01/2020
06:15 MYT
Peserta Dansa Dan Sing, Atilia Haron dan Yasmin Hani menafikan mereka menjadikan umur sebagai satu alasan untuk menghalang mereka melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.
Dalam konsert minggu ketiga malam tadi, juri tetap Linda Jasmine telah menasihati mereka untuk tidak menjadikan umur sebagai satu alasan.
Menurut Yasmin, mereka hanya memberitahu umur mereka yang mencecah 40-an secara umum dalam video yang dipaparkan sebelum persembahan malam tadi dan tidak bermaksud menjadikannya sebagai satu kekangan.
"Sebenarnya, dalam video tersebut, kami hanya menjawab soalan yang ditanya, kami memberitahu umur kami secara umum dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak lakukan yang terbaik dalam pertandingan ini.
"Kami sudah lakukan yang terbaik, masa latihan juga telah dimanfaatkan sebaiknya, jujur saya katakan, kami agak kecewa dengan perkara itu dan berharap untuk mendapat lebih maklum balas yang positif selepas ini," ujar Yasmin.
Dalam pada itu, Atilia menambah, dia dan Yasmin berasa bangga kerana dapat bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih muda.
"Kami sebenarnya berbangga, dalam usia 40-an ini kami mampu sertai pertandingan ini dan bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih muda.
"Kami telah berusaha dan punyai kerjasama yang baik, apa yang boleh saya katakan, jika kami tersingkir dalam konsert ketiga ini sekalipun, kami sudah puas hati dengan persembahan kali ini," katanya.
Atilia dan Yasmin berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu ketiga Dansa Dan Sing bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor malam tadi.
Dalam pertandingan itu, Atilia dan Yasmin diiringi skuad bergelar The Lola, mereka telah berada di tiga tangga terbawah malam tadi.
Namun nasib masih menyebelahi mereka apabila tidak tersingkir dan mara ke konsert seterusnya.
Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.
Hiburan

Kekal Baik Dengan Bekas Suami, Yasmin Hani Kongsi Tips ‘Co-Parenting’ Yang Berjaya - “Nak Tak Nak Memang Kena…”

gempak
07/09/2024
07:55 MYT
Pelakon Yasmin Hani mengakui biarpun kadang-kala berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suaminya iaitu Sha'arin Razali namun mereka tetap akan berbaik semula demi anak-anak.
Laman Utama

“Saya Tiada Masa Nak Baca & Menangis Di Bucu Katil” - Yasmin Hani Enggan Layan Komen Negatif Di Media Sosial

gempak
26/07/2023
02:50 MYT
Ini penegasan Yasmin Hani
Laman Utama

Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”

gempak
02/07/2023
11:50 MYT
Romantik la Yasmin Hani dengan Alif!
Laman Utama

Didakwa Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki, Yasmin Hani; - “Saya Sedih Betapa Kolotnya Manusia..”

gempak
19/10/2022
21:35 MYT
Suka hati je main tuduh.
BorakSeeni