Dansa and Sing
Konsisten Dalam Dansa Dan Sing, Ini 3 Perkara Yang Dilakukan Shiha Zikir!
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Shiha Zikir berkongsi tips untuk sentiasa konsisten dari segi imej dan konsep tarian bersama ahli kumpulan Squad.
Menurut Shiha, faktor utama yang menjadikan kumpulannya sentiasa di hadapan adalah kerjasama yang baik.
"Kami sangat mengutamakan kerjasama yang baik dalam kumpulan dan sentiasa cuba untuk memahami idea sesama sendiri.
"Terus terang saya katakan, tanggungjawab koreografer kami amat besar kerana dialah yang memikirkan konsep tarian dan menentukan konsep pakaian serta props," jelasnya.
Tambah Shiha, dia dan Squad sering mengingatkan diri sendiri untuk sentiasa percaya dengan idea yang telah dibincangkan bersama agar dapat melakukan persembahan dengan sebaiknya.
"Selalunya, selepas sesi perbincangan, kami akan mengingati diri sendiri untuk percaya sesama sendiri dan yakin dengan idea yang telah dibincangkan bersama.
"Dengan cara itu, kami tidak akan meragui kemampuan sendiri dan akan lebih bersemangat untuk lakukan yang terbaik dalam persembahan," tambahnya.
Shiha antara peserta rancangan realiti pencarian bakat nyanyian dan tarian, Dansa Dan Sing musim pertama yang sudah bersiaran selama empat minggu.
Dalam Dansa Dan Sing, koreografer terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video