Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Masuk Dansa Dan Sing Pun Followers Saya Tak Berganjak" - Atilia Haron

Asraf Aided
29/01/2020 11:51 MYT
Penyanyi dan bekas peserta Dansa Dan Sing, Atilia Haron mengatakan jumlah pengikut di akaun Instagram miliknya tidak berganjak meskipun selepas menyertai program berkenaan.

Menerusi laporan H Live, Atilia akui sambutan pengikutnya di media sosial tidak sehebat artis lain.

"Jumlah pengikut saya di Instagram tidak berganjak meskipun sudah menyertai pertandingan ini.

"Sambutan pengikut saya di media sosial tidaklah sehebat artis lain, kadang-kadang saya sendiri yang jarang buka akaun saya," ujarnya.



Dalam pada itu, Atilia juga menyeru orang ramai untuk sentiasa menyebarkan perkara positif di media sosial.

"Kutuk mengutuk ini sudah ketinggalan zaman, apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah menyebarkan perkara positif di media sosial dan buat orang lain rasa gembira," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan H Live yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Atilia #H Live #Dansa Dan Sing