Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Mereka Perlu Belajar..." - AC Mizal Kongsi Tips Buat Peserta Dansa Dan Sing

Asraf Aided
21/01/2020 11:33 MYT
Selebriti versatil dan juri jemputan konsert ketiga Dansa Dan Sing, Datuk AC Mizal mengatakan semua peserta harus menguasai teknik nyanyian yang betul ketika membuat persembahan.

Menurut AC, teknik nyanyian 'chest voice' dan 'head voice' harus digunakan dengan betul ketika menyanyi sambil menari di atas pentas.

"Pada pendapat saya, semua peserta perlu belajar teknik nyanyian yang betul ketika menari, jika mereka gagal menguasainya dengan baik, kualiti nyanyian akan terganggu.

"Mereka harus faham dan menggunakan teknik 'chest voice' dan 'head voice' dengan baik kerana itulah yang dapat memudahkan persembahan mereka," ujarnya.

AC berkata demikian ketika ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu ketiga Dansa Dan Sing bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Tambah AC, peserta juga tidak harus terlalu bergantung kepada anggota kumpulan atau 'troopers' sebaliknya, tarian harus dipersembahkan dengan sempurna secara sama rata.

"Jika seseorang peserta terlalu bergatung kepada 'troopers', itu agak berbahaya kerana juri akan menilai markah pada setiap saat sepanjang mereka membuat persembahan.

"Mereka harus menari dengan sempurna dan sama rata, selain itu, mereka juga harus tahu bagaimana untuk memberi tarikan utama dalam persembahan," tambahnya.



Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen negara, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap dalam musim pertama ini.

Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama Linda dan Rizalman.

Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#AC Mizal
;