Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Dansa and Sing

"Saya Sedar Ramai Orang Malaysia Tahu & Faham..." - Sophia Liana Kongsi Tips Menyanyi Lagu Korea

Asraf Aided 04/02/2020 | 06:04 MYT
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Sophia Liana berkongsi tips sebelum dia menyanyikan lagu berbahasa Korea, Gangnam Style dalam konsert minggu kelima Ahad lalu.
Menurut Sophia, dia telah menulis semula lirik lagu tersebut untuk melancarkan sebutannya.
"Persembahan minggu kelima ini sangat mencabar, saya sedar ramai orang Malaysia yang tahu dan faham Bahasa Korea, jadi saya harus lakukan yang terbaik.
"Saya telah menulis semula lirik lagu tersebut satu per satu untuk melancarkan sebutan saya ketika menyanyikannya," jelas Sophia.
Sophia yang diiringi skuad Budak Ngam dalam pertandingan itu ditemui di sidang media yang diadakan selepas tamatnya konsert minggu kelima Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Sophia turut menyifatkan rutin mereka dalam minggu kelima sangat agresif dan memerlukan stamina yang kuat.
"Rutin minggu kelima ini sangat agresif kerana banyak tenaga yang diperlukan untuk melakukan tarian Gangnam Style, malah saya juga sudah rasa pening ketika sesi latihan. Alhamdulillah keadaan saya beransur normal selepas itu," tambahnya.
Dalam Dansa Dan Sing, koreografer terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
#Dansa Dan Sing #Sophia Liana
;