Dansa and Sing

"Semua Harus Melabur Dari Segi Masa..." - Syafinaz Selamat Kongsi Tips Buat Peserta Dansa Dan Sing

gempak
Asraf Aided
29/01/2020
23:30 MYT
Sponsor Banner
"Semua Harus Melabur Dari Segi Masa..." - Syafinaz Selamat Kongsi Tips Buat Peserta Dansa Dan Sing
Penyanyi, guru vokal dan juri jemputan Dansa Dan Sing minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi tips buat semua peserta pertandingan tersebut.
Menurut Syafinaz, semua peserta harus memberikan sepenuh komitmen terutamanya dari segi masa agar mereka dapat lakukan yang terbaik.
"Pada pendapat saya, apabila mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan ini, ia bermakna mereka harus melabur dari segi masa.
"Perkara ini amat penting terutamanya kepada penyanyi dalam setiap kumpulan, mereka harus berusaha lebih keras kerana tarian bukan bidang mereka sebelum ini," jelasnya.
Tambah Syafinaz, menyanyi sambil menari adalah adalah satu konsep yang bagus dimana ia mampu mencungkil kebolehan tersembunyi yang ada pada seseorang penyanyi.
"Menyanyi sambil menari adalah satu konsep yang bagus, kita tak mahu lihat penyanyi yang hanya sekadar menyanyi sahaja, sudah tentu kita mahu lihat mereka mempunyai kebolehan lain seperti menari, melawak dan sebagainya," tambah Syafinaz.
Guru tari terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen tersohor, Datuk Rizalman telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap dalam musim pertama ini.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024