Dansa and Sing
Sukar Hafal Gerak Tari, Ini Yang Dilakukan Shiha Zikir...
Penyanyi dan peserta Dansa Dan Sing, Shiha Zikir akui tidak mampu menghafal gerak tari dengan cepat.
Namun menurut Shiha, dia telah mencuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah itu.
"Saya paling susah nak hafal gerak tari, tapi untuk mengatasi masalah itu, saya sentiasa bekerja keras.
"Saya selalu berlatih bersendirian ketika sudah pulang dari studio, pernah juga sampai pukul lima pagi," ujarnya.
Shiha yang diiringi Team Squad dalam pertandingan itu menambah, dia turut merasakan konsert separuh akhir Ahad ini mencabar untuk dirinya.
"Saya akui persembahan di konsert separuh akhir akan lebih mencabar kerana semua peserta akan menyanyikan dua lagu.
"Kebanyakan kumpulan lain akan menyanyikan dua lagu rancak, berbeza dengan saya yang akan menyanyikan satu lagu yang agak perlahan.
"Namun perkara itu mampu memberi kelainan kepada saya dan ahli kumpulan," tambahnya.
Dalam Dansa Dan Sing, koreografer terkenal, Linda Jasmine dan ikon fesyen, Datuk Rizalman telah diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap.
Sementara itu, seorang juri jemputan akan diundang setiap minggu untuk bergandingan bersama mereka.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video