Dansa and Sing
Wani Kayrie Menangis Selepas Persembahan, Akui Minggu Paling Sukar! "Lagu, Baju Siap Last Minute ... Lirik Rap Pun Tak Masuk Kepala"
Peserta Dansa Dan Sing, Wani Kayrie akui sebak selepas tamat membuat persembahan pada minggu ketiga pertandingan itu kerana terharu.
Jelas Wani, dia berdepan tekanan daripada pelbagai sudut hingga membuatkannya hampir berputus asa untuk menyanyikan lagu Dikir Puteri (Noraniza Idris) yang diolah menjadi versi moden.
"Itulah cabaran minggu ini, baju saya cari saat akhir, aksesori kepala terpaksa tukar sebab saya tak selesa... sampai tertanya-tanya mampukah saya membuat persembahan sebenarnya ni?
"Tetapi tdak sangka pula selepas habis menyanyi, orang semua jerit dan saya terharu apabila disorak sebegitu," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Wani hampir memutuskan untuk tidak menyanyikan bahagian rap lagu tersebut kerana kekok.
"Lagu saya siap hari Khamis, ketika sound check hari Jumaat saya rasa persembahan kami kosong tanpa ada lirik rap.
"Jadi, saya tambah rap tetapi malangnya lirik tak dapat masuk dalam kepala pula. Jadi seperti terlalu mencuba menghafal, lebih tertekan dan saya lupa lirik.
"Nyanyian saya pada sesi rehearsal Sabtu sangat teruk namun saya paksa diri juga hafal dan nyanyi bahagian rap itu," ujarnya.
Pada minggu ketiga Dansa Dan Sing, Wani mendapat kedudukan ketiga selepas Raja Shahiran & 2Twenty2 Squad dan Shiha Zikir & Squad.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Foto: Azrul Rafie
Must-Watch Video