Skip to main content

Demi Bayar Hutang, Kim Seri Dedah Terima Kontrak Pembedahan Plastik Di Korea - “Saya Cuba Buat Macam-Macam…”

Astro Gempak 318

Sekilas

  • Kim Seri mendedahkan dia menerima kontrak dua tahun dengan sebuah klinik pembedahan plastik di Korea Selatan sebagai usaha mendapatkan wang untuk bayar hutang.
  • Segala keputusan prosedur pembedahan diserahkan kepada doktor, manakala Kim Seri fokus pada pemasaran untuk menjana pendapatan.
  • Dia kini sedang melunaskan hutang secara berperingkat dan memilih untuk tidak berkongsi perkembangan secara terbuka lagi.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri mendakwa telah melakukan pelbagai usaha bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang yang ditanggungnya.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Kim Seri mendedahkan antara usaha yang dilakukan termasuk menerima tawaran kontrak bersama sebuah klinik pembedahan plastik di Korea Selatan.

“Saya cuba buat macam-macam untuk dapatkan duit supaya dapat bayar balik hutang tapi… (nanti orang kata saya ‘play victim’ pula).

“Salah satunya klinik plastik pembedahan ini. Masa itu kawan Korea bagi tawaran kontrak dua tahun, tapi kena buat pembedahan dan promosi sekali,” katanya.

Menurutnya, ketika itu dia tidak berfikir panjang dan hanya bersetuju demi mendapatkan sumber kewangan.

“Masa itu tak fikir apa sebab nak dapatkan duit saja. Sampai klinik pun tak tahu nak buat pembedahan apa, saya ikut saja apa yang ada dalam kontrak.

“Suami pun ada tanya okey ke kena promosi sampai dua tahun,” ujarnya.

Tambahnya, segala keputusan berkaitan prosedur diserahkan sepenuhnya kepada doktor dengan harapan dapat menjana pendapatan melalui pemasaran.

“Apa yang doktor rasa nak buat, saya ikut saja. Yang penting buat pemasaran dan dapatkan duit untuk bayar hutang, lepas itu nak hidup tenang tanpa hutang,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Kim Seri turut berkongsi tangkap layar kontrak yang ditulis dalam bahasa Korea.

Dalam masa sama, dia menjelaskan kini masih berusaha melunaskan hutang secara berperingkat meskipun berdepan pelbagai cabaran sebelum ini.

“Orang salah faham, sekarang bukan masalah kerja sebab saya dah ada kerja. Dan ya, saya bayar sikit-sikit.

“Sebelum ini saya cuba bayar dalam amaun besar tapi tak dapat sebab syarikat asyik kena lapor dan diserang,” jelasnya.

vdvdvdvd

Tambahnya, dia kini memilih untuk tidak lagi berkongsi perkembangan secara terbuka dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.

“Sekarang saya bayar dengan amaun kecil melalui kerja yang ada tanpa saya kemas kini apa-apa lagi.

“Allah lebih tahu, tak perlu penilaian manusia,” katanya.

Nama Kim Seri sebelum ini menjadi perhatian warga maya selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan miliknya di Korea Selatan melibatkan kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Susulan dakwaan itu, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk memulangkan semula wang pelanggan yang terjejas selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Emulsion 120ml -Intensive Hydrating Emulsion, for Combination-Oily Skin

LANEIGE Water Bank Blue Hyaluronic Emulsion 120ml -Intensive Hydrating Emulsion, for Combination-Oily Skin

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

[Best Seller] DAZZLE ME Better Than Filter HD Invisible Powder - 24H Oil Control (Prime + Mattify + Blur)|Kawalan Minyak

[Best Seller] DAZZLE ME Better Than Filter HD Invisible Powder - 24H Oil Control (Prime + Mattify + Blur)|Kawalan Minyak

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Advertisement