Skip to main content

“Dia Tahu Apa Dia Mahukan...” – Ajai Sifatkan Vokal Aisha Retno Paling Layak Bawa Naskhah Luka ‘Diari Air Mata’

Astro Gempak 546

Sekilas

  • Aisha Retno lancar single terbaru berjudul Diari Air Mata, hasil ciptaan dan terbitan Ajai di bawah Usanita Entertainment.
  • Lagu ini mengisahkan perjalanan emosi seorang wanita menghadapi kehilangan dan kekecewaan cinta serta kekuatan untuk bangkit semula.
  • Video muzik Diari Air Mata dirakam di Hulu Langat dan kini boleh distrim di semua platform digital utama, dengan sokongan Kenangan Coffee Malaysia.

Penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Diari Air Mata, sebuah karya sarat emosi yang mengangkat kisah luka, kehilangan dan pengorbanan dalam percintaan.

Lebih istimewa, lagu ciptaan dan terbitan komposer terkenal Ajai itu merupakan rakaman sulung Aisha di bawah naungan Usanita Entertainment.

Menurut Ajai, Diari Air Mata mengisahkan perjalanan seorang wanita yang masih dihantui kenangan silam dan kekecewaan cinta, namun berusaha menerima takdir serta bangkit meneruskan kehidupan.

“Melalui lirik yang menyentuh perasaan, lagu ini menggambarkan penerimaan seorang wanita terhadap takdir hidupnya selepas berdepan episod percintaan yang tidak berpihak kepadanya.

“Dengan harapan untuk bangkit meneruskan kehidupan, karya ini membawa mesej tentang kekuatan hati dalam menghadapi kehilangan dan kesedihan,” katanya.

Menurut pihak syarikat rakaman, perancangan menghasilkan lagu tersebut bermula sejak pertengahan tahun lalu menerusi perbincangan antara penerbit eksekutif Datuk Adzliana Hassan, Ajai dan Aisha sendiri.

Selepas meneliti konsep serta jalan cerita yang ingin diketengahkan, Ajai merasakan Aisha merupakan penyanyi paling sesuai untuk menyampaikan karya berkenaan berdasarkan kekuatan vokal dan keupayaannya menzahirkan emosi secara mendalam.

Mengulas proses rakaman, Ajai menyifatkan kerjasama bersama pelantun lagu Sutera itu sebagai pengalaman yang cukup membanggakan.

“Aisha sangat memberi komitmen sepanjang proses rakaman. Dia tahu apa yang dimahukan dan mempunyai kepekaan muzik yang kuat.

“Saya suka bekerja dengan generasi seperti ini kerana ia membantu menghasilkan karya yang lebih berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, Aisha mengakui peluang bekerjasama dengan Ajai merupakan satu penghormatan besar buat dirinya memandangkan komposer tersohor tersebut pernah menjadi antara individu yang banyak berkongsi ilmu dengannya ketika menyertai program realiti nyanyian Big Stage.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang merakamkan lagu ciptaan Abang Ajai.

“Banyak ilmu dan pengalaman baharu yang saya peroleh sepanjang proses menghasilkan lagu ini,” katanya.

Bagi memperkukuhkan lagi penceritaan lagu berkenaan, Diari Air Mata turut diterjemahkan menerusi sebuah video muzik arahan pasangan kreatif Ghazi Maslan dan Lily Samsudin.

Penggambaran yang berlangsung hampir 18 jam di Telang 18, Hulu Langat itu berjaya menampilkan dimensi emosi lebih mendalam selain menyerlahkan bakat lakonan Aisha yang semakin mendapat perhatian ramai.

Single Diari Air Mata bersama video muzik rasminya kini boleh distrim menerusi semua platform digital utama.

Pelancaran lagu tersebut turut mendapat sokongan Kenangan Coffee Malaysia sebagai penaja lokasi serta makanan dan minuman, selain bakal disusuli kempen kolaborasi khas di rangkaian cawangan jenama kopi itu pada pertengahan Jun ini.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement