Skip to main content

Selebriti

Didakwa Mempunyai Masalah Mental & Isu Tingkah Laku, Marissa Dania Tampil Bersuara - "Saya Diam Bukan Sebab Lack Of Feelings Tetapi..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Marissa Dania menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia mengalami masalah kesihatan mental dan tingkah laku, sebaliknya menjelaskan sikap diamnya adalah tanda hormat terhadap ibunya, Abby Abadi.
  • Marissa berkata dia memilih untuk menjaga hubungan dengan ibunya secara peribadi dan tidak mahu semua perkara dibawa ke media sosial walaupun banyak perkara berlaku selepas penceraiannya selesai.
  • Abby sebelum ini menafikan dakwaan marah terhadap Marissa selepas tidak dapat hadir sambutan hari jadi anaknya dan menegaskan ucapan hari jadi di media sosial adalah tanda kasih sayang.
Advertisement

Anak kepada penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara selepas seorang netizen mendakwa Marissa  mengalami masalah kesihatan mental dan isu tingkah laku.

Menafikan perkara tersebut, Marissa menegaskan bahawa sikap diamnya dalam isu membabitkan keluarga bukan disebabkan kekurangan emosi, sebaliknya sebagai tanda hormat dan usaha menjaga hubungan dengan ibunya.

Advertisement

"Saya diam bukan sebab saya masalah kekurangan dari segi perasaan. Ia dipanggil sebagai hormat.

"Mama pilih untuk bersuara di media sosial tetapi tak bermaksud semua perkara perlu bersuara di sini juga. Saya pilih untuk hormat dan jaga hubungan ini secara peribadi," katanya.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu dilaluinya sejak urusan penceraiannya di mahkamah telah selesai.

Advertisement

"Saya tak tahu nak mula dari mana. Dah banyak sangat benda yang jadi. Semuanya berterusan sejak saya selesai di mahkamah dua minggu lepas.

"Jika ada orang nak tahu sesuatu, anda boleh bertanya pada saya sebab nampak macam teruk betul mulut masing-masing berkata pasal orang," tulisnya.

Dalam masa sama, Marissa menjelaskan dia tidak pasti sama ada perkongsian ibunya ditujukan kepadanya atau pihak lain, namun berharap masalah mereka boleh diselesaikan dengan baik.

"Saya tak tahu kalau mama tujukan kat saya atau orang lain tetapi bila dah berkongsi pada umum, hanya akan membuka terlalu banyak ruang untuk andaian. Tiada orang yang nak bergaduh dan tak berbaik dengan ibu mereka sendiri," ujarnya.

Terdahulu, Abby mencuri perhatian selepas tidak dapat menghadiri sambutan hari jadi Marissa, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Abby kemudian menafikan dakwaan dirinya marah terhadap anaknya itu, sebaliknya menjelaskan ucapan hari jadi yang dimuat naik di media sosial adalah tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap hari istimewa tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

Hi.sweetie 🎀 [Ready Stock] 7A Antibacterial Mid Waist Ice Silk Seamless Woman Underwear Yoga Panties Plus Size 85KG

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

Must Watch Video

Advertisement