Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Didakwa Siar Piala Dunia 2026 Tanpa Kebenaran RTM, Ammar Nazhan Akui Kekhilafan Diri - "Saya Tak Sangka Boleh Masuk FYP..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Ammar Nazhan memohon maaf selepas menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2026 di TikTok tanpa kebenaran.
  • Dia menjelaskan niatnya hanya berkongsi keterujaan perlawanan dan tidak mahu menyinggung mana-mana pihak.
  • Ammar bersedia memberi penjelasan penuh kepada pihak terkesan dan berharap orang ramai tidak menghukumnya berdasarkan andaian.
Advertisement

Pencipta kandungan, Ammar Nazhan tampil memohon maaf susulan tindakannya yang menyiarkan siaran langsung Piala Dunia 2026 di Tiktok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi Threads, Ammar Nazhan atau lebih mesra disapa sebagai Am berkata bahawa dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, sebaliknya hanya ingin berkongsi keterujaan mengenai perlawan tersebut bersama pengikutnya.

Advertisement

"Pada awalnya, saya cuma berinteraksi dan bersembang tentang perlawanan bersama penonton ketika game Portugal. 

"Saya tak sangka boleh masuk FYP dan mendapat sambutan yang sangat besar daripada ramai peminat bola sepak.

"Sejujurnya, saya tak pernah berniat untuk menyinggung atau menyusahkan mana-mana pihak," tulisnya.

Advertisement

Berdepan dengan pelbagai kecaman dan hinaan, Am mengakui kekhilafan dirinya selain meminta orang ramai untuk tidak menghukumnya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Malah dia turut bersedia memberi penjelasan penuh kepada pihak yang terkesan atau memerlukan.

"Namun begitu, sejak semalam saya melihat terlalu banyak andaian, kecaman dan penghinaan yang dilemparkan kepada saya seolah-olah semuanya telah diputuskan tanpa mengetahui keseluruhan keadaan.

"Kalau ada mana-mana pihak yang mempunyai hak atau merasakan ada perkara yang perlu diperjelaskan. Saya sentiasa bersedia memberikan kerjasama melalui saluran yang sewajarnya.

"Saya harap kita semua boleh memberi ruang kepada fakta dan tidak terus menghukum berdasarkan andaian atau content yang dipotong-potong demi mengejar tontonan.

"Saya juga manusia biasa. Saya ada keluarga, pasukan dan penyokong yang turut terkesan dengan semua yang sedang berlaku,"ujarnya.

Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan siaran langsung TikTok Ammar Nazhan yang turut disertakan dengan rakaman semula perlawanan Piala Dunia FIFA tanpa kebenaran.

Tindakan tersebut mendapat kecaman hebat netizen kerana didakwa mencabuli hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi FIFA edisi kali ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Italy 26 Home Fan Jersey Men Blue JY7588

adidas Football Italy 26 Home Fan Jersey Men Blue JY7588

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Spain 26 Home Youth Jersey Unisex Red JZ5757

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Germany 26 Away Kids Jersey Unisex Blue JZ4569

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

adidas Football Germany 26 Away Jersey Men Blue JN2074

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Must Watch Video

Advertisement