Sekilas
- Umisya Mazlan dan suaminya, Ahmad Aslam, menggunakan filter badan pendek di TikTok yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
- Sesetengah netizen menganggap video itu mempersendakan golongan OKU, manakala Umisya menegaskan tiada niat menghina dan dia sendiri seorang yang rendah.
- Ada juga netizen yang berpendapat aksi mereka tidak keterlaluan kerana hanya menggunakan filter sahaja.
Perkongsian video memperlihatkan pempengaruh Umisya Mazlan dan suaminya, Ahmad Aslam menggunakan ‘filter’ badan menjadi pendek menerusi TikTok mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada segelintir netizen terhibur dengan gelagat suami isteri itu namun terdapat antara mereka kurang senang melihat Umisya dan Aslam menggunakan ‘filter’ tersebut.
Menerusi ruang komen, terdapat netizen yang beranggapan pasangan suami isteri itu seakan-akan mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Jauh hati kalau orang lain rasa macam dipersendakan.
“Jarang juga nak komen. Sakit hati tengok yang ini. Ini dah kira kes menghina.
“Banyak benda boleh bergurau, tapi elakkan la gurauan fizikal. Nanti ada yang terasa,” komen beberapa netizen.
Menyedari beberapa komen seperti itu, Umisya menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk mempersendakan golongan OKU dan mengakui dirinya juga seorang yang rendah.
“Tak ada niat persendakan OKU pun… sekadar filter diri sendiri pun memang tak cukup ketinggian. Saya rendah kemetot orang nya 149 cm.
“Bukan menghina orang lain. Sekadar filter kecil. Bertenang semua, orang pendek hadir. Memang saya sendiri pendek.
Namun ada juga netizen yang beranggapan aksi Umisya dan Aslam tidak keterlaluan memandangkan mereka hanya menggunakan ‘filter’ sahaja.
Sumber - Umisya Mazlan