Sekilas
- Jofliam berkongsi paparan skrin mesej daripada wargamaya yang memuji penampilannya seperti artis K-pop dan model antarabangsa.
- Wargamaya memuji senyuman manis Jofliam serta gaya yang kelihatan lebih menarik secara langsung berbanding dalam video.
- Jofliam mengakui dia mudah malu apabila menerima pujian dan lebih selesa jika dikritik daripada dipuji.
Pempengaruh dan usahawan Jofliam berkongsi paparan skrin mesej daripada wargamaya yang memuji dirinya di Instastory miliknya.
Menerusi mesej tersebut, individu itu berkata Jofliam kelihatan seperti artis K-pop berserta gayanya ala model antarabangsa selain mempunyai senyuman yang manis.
“Jo, ikhlas daripada kami… sumpah Jo herlok (elok) bila nampak depan-depan. Tak sama pun dalam video, nampak bulat. In real, macam K-Pop oo.
“Stok model international oooo... senyum manis meleceh,” tulis individu itu.
Membalas mesej tersebut, Jofliam mengakui dia mudah berasa malu apabila menerima pujian seperti itu.
“Terus jadi pemalu nak tunjuk muka lepas ini. Saya ini satu perangai, kalau orang kutuk saya jenis lagi berani. Tapi kalau orang puji, saya terus tak nak keluar rumah.
“Nak kalahkan saya, jangan kutuk tapi puji. Confirm kalah,” kata Jofliam.