Skip to main content

Selebriti

"Doktor Beritahu Bila-Bila Masa Sahaja Boleh …" - Fattah Amin

Bakar isteri

Sekilas

  • Fattah Amin mengesahkan isterinya, Amira Othman, sedang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka dan persiapan sudah lengkap.
  • Mereka sudah mengetahui jantina bayi tetapi memilih untuk merahsiakannya sehingga kelahiran nanti.
  • Fattah memohon doa agar proses kelahiran berjalan lancar dan mengakui masih berasa gementar walaupun pernah menjadi bapa sebelum ini.

Pelakon, Fattah Amin memaklumkan bahawa isterinya, penyanyi Amira Othman kini sedang menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata sulung.

Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata bahawa mereka sudah membuat persiapan penuh bagi menyambut kedatangan si kecil itu, malah mereka juga sudah ketahui jantina anak.

"Memang betul, isteri saya menunggu hari untuk bersalin. Kalau tidak dia mahu ikut saya main pickleball sebab dia pun duta Utv dan Amber. Namun, dia sedang sarat dan saya risau dengan keadaannya kalau ikut.

"Alhamdulillah, segala persiapan sudah siap sepenuhnya dari segi barang bayi dan ibu juga. Semua barang itu sudah letak dalam kereta. Tunggu nak bawa terus ke hospital. Doktor beritahu bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

"Jantina sudah pasti kami berdua sudah tahu, cuma kami tidak akan maklumkan sekarang. Tunggu sehingga selamat melahirkan nanti,"katanya kepada Gempak.

Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Allstars Picklebash 2.0 yang berlangsung di Pickle Social Club, Damansara, pada Khamis.

Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengakui bahawa dia masih berasa gementar meskipun pernah menjadi seorang bapa.

"Saya minta doa daripada semua pihak supaya Amira akan bersalin dengan selamat dan dipermudahkan, insya-Allah.

"Saya agak gemuruh juga sebenarnya nak menyambut anak kami ini. Lain orang, lain pengalamannya. Saya hanya minta ibu dan anak nanti selamat,"ujarnya.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017. Bagaimanapun, pasangan tersebut disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement