Tempatan
10 Plaza Tol Melaksanakan RFID Touch ‘N Go Bermula Tahun Baru Ini
Bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran, transaksi tol menerusi teknologi RFID Touch ‘n Go akan dilaksanakan di 10 buah plaza tol sistem terbuka di lebuhraya kendalian PLUS mulai 1 Januari 2020.
Bermula pada tarikh itu, transaksi tol menggunakan RFID Touch ‘n Go akan dibuka kepada semua kenderaan persendirian (Kelas 1) yang menggunakan plaza tol yang menggunakan sistem terbuka di lebuhraya PLUS seperti berikut:
- Jitra (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
- Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim)
- Jambatan Pulau Pinang
- Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
- Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson)
- Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan)
- Perling (Lebuh raya Linkedua)
- Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua)
- Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua)
Menurutnya, cara itu juga memudahkan pelanggan lebuh raya untuk menambah nilai tol secara atas talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.
“Pada masa yang sama, lebih banyak pilihan pembayaran sedang dibangunkan sama ada menerusi kad debit atau kredit, serta lain-lain eWallet sekali gus pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menukar mod pembayaran.
“Bagaimanapun, mod pembayaran tol yang sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih lagi diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS,” katanya.
Sementara itu, sistem RFID di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) hanya boleh digunakan untuk Caj Jalan (tag RFID Vehicle Entry Permit) bagi kenderaan Singapura sahaja.
Kelebihan transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad di lorong tol, menambah nilai eWallet dengan lebih mudah secara atas talian, mengurangkan isu kad elektronik tidak cukup baki, mengurangkan kejadian peranti SmartTAG hilang atau tidak mempunyai bateri atau diletakkan secara terbalik dan lain-lain lagi.
Must-Watch Video