Antarabangsa

2 Hari Bikin Honda Sonic Jadi Motosikal Elektrik

gempak
Erywan
06/01/2020
08:25 MYT
Sponsor Banner
2 Hari Bikin Honda Sonic Jadi Motosikal Elektrik
Seorang penuntut Kejuruteraan Automotif di Politeknik Astra Manufacturing, Indonesia mengambil masa dua hari untuk menukar enjin kepada motor elektrik bagi model Honda Sonic.
Penuntut, Deni Kusumawan mencipta jentera itu yang kini tidak lagi perlu bergantung kepada bahan api dan pada masa sama, proses untuk mengubahsuainya turut menerima sokongan daripada gurunya. Kini Honda Sonic itu dijana dengan motor elektrik yang menggunakan bateri lithium 48 Volt 12ah. Ia boleh ditunggang dengan kelajuan maksimum 52km/j yang diuji menggunakan GPS telefon pintar. Moped itu juga mampu ditunggang sejauh 20 kilometer untuk sekali cas.
Bagi mengubah Sonic itu, Deni terpaksa menambah beberapa komponen membabitkan Motor Brushless Direct Current (BDLC), bateri lithium dan sensor gerak. Motor BDLC diletakkan pada roda belakang, manakala pengawal dan bateri diletakkan di bawah tempat duduk. Tangki bahan api Sonic dibuang dan diletak bateri.
Jika dilihat, bentuk luarannya masih lagi sama dengan Sonic, cuma ruang enjin kelihatan ‘kosong’ kerana ia sudah dikeluarkan sepenuhnya. Pada masa sama, penuntut dari Indonesia itu juga sedang membina kenderaan elektrik, tetapi kategori lain iaitu kereta. Jika di Malaysia, motosikal elektrik pertama pernah dihasilkan oleh Modenas menerusi model CTric yang dilancarkan pada 2011.
Motosikal itu menerima kelulusan piawaian daripada SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mana ia dijual pada RM4,888, selain ditawarkan dengan dua warna iaitu hijau serta oren.
Sumber: Otosia.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live