Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

3 Faktor Penting Yang Beri Shell FuelSave 95 “Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”

Erywan
10/03/2021 09:54 MYT
Selama hampir 130 tahun, Shell menerajui pembangunan bahan api berkualiti tinggi dan membuat pelaburan dalam modal insan serta teknologi sains untuk memacu inovasi bahan api di Malaysia.

Dengan aspirasinya untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama, Shell FuelSave 95 nyata menjadi asas kepada inovasi Shell.

Justeru itu, Shell Malaysia melancarkan kempen “Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”. Kempen itu bertujuan menyerlahkan keupayaan mantap Shell FuelSave 95 yang memberikan ekstra kilometer agar rakyat Malaysia sentiasa mendapat ekstra dalam perjalanan harian mereka.


Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell FuelSave 95 memberikan ekstra kilometer melalui*:

Manfaat utama ini adalah selaras dengan hasil kaji selidik pengguna yang rata-rata memilih “jarak perjalanan lebih jauh” dan “penjimatan kos” sebagai pertimbangan utama dalam memilih bahan api gred utama yang berkualiti.

Berdasarkan kajian ini, Shell Malaysia mengorak langkah untuk melancarkan kempen ini bagi memenuhi keinginan rakyat Malaysia: bahan api berkualiti dengan ekstra kilometer tanpa kos tambahan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya mengutamakan para pelanggan dalam segala urusan, justeru semua bahan api dicipta khas dengan menitikberatkan keperluan pelanggan kami.

“Dengan pandemik COVID-19 yang mempengaruhi situasi kewangan kebanyakan isi rumah, kami faham bahawa sedikit ekstra akan memberikan perbezaan dalam kehidupan harian.

“Aspirasi Shell FuelSave 95 adalah untuk memberikan penjimatan serta-merta daripada isian pertama. Namun begitu, janganlah sekadar mempercayai kata-kata saya, cubalah hari ini dan alami sendiri perbezaan Ekstra! " katanya.

Bagi memulakan pelancaran "Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza", Shell mempersembahkan sebuah video ‘teaser’ yang memaparkan bahawa bukan semua petrol dicipta sama, sambil menyerlahkan janji Ekstra Shell.

Nantikan kandungan yang lebih mengujakan dalam kempen ini, termasuk iklan televisyen mengenai kisah seorang ayah penyayang yang menjaga bayinya, dengan bantuan Shell FuelSave 95.

Shell Malaysia juga bekerjasama dengan BonusLink untuk menawarkan sehingga 4X Mata Ganjaran BonusLink dengan setiap pembelian minimum RM50 di stesen Shell. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.shell.com.my.

;