McLaren Senna adalah antara model kereta yang agak rare kerana hanya 500 unit dihasilkan.

Pengeluarnya berjaya menjual semua unit dalam tempoh masa yang agak singkat. Jika ada yang mahu membeli model Senna, mereka terpaksa menunggu unit kereta terpakai.

Namun, ada berita baik kali ini. Tahukah anda bahawa ada tiga unit Senna kini muncul untuk dijual. Apa yang pasti, ketiga-tiga unit ini berbeza dengan Senna lain kerana ia adalah model McLaren Senna XP.

Senna XP dibangunkan oleh McLaren di Woking pada peringkat awal reka cipta supercar itu. Senna XP adalah jentera eksperimen McLaren yang dijual kepada pengedar di Beverly Hills.

Sebelum sampai ke pihak pengedar, ketiga-tiga kereta ini dibina balik oleh McLaren Special Operations (MSO). Proses itu memakan masa beratus-ratus jam kerja. Setiap satu unit itu adalah tribut kepada Ayrton Senna.

Unit pertama dikenali sebagai 'Master of Monaco' untuk meraikan kemenangan keenam Senna di Litar Monaco antara tahun 1989 dan 1993.

Unit keduanya, 'Lap of the Gods' adalah peringatan kepada kejayaan Senna. Ia berkaitan perlumbaan tahun 1993 dengan pelumba berada pada kedudukan kelima naik ke tangga pertama dalam keadaan cuaca buruk. Perlumbaan ini berlangsung di Donington Park di United Kingdom.

Unit ketiga McLaren Senna XP ialah 'Home Victory' iaitu tanah kelahiran Ayrton Senna, Brazil. Model McLaren Senna XP ini memaparkan bendera Brazil pada badannya. Setiap unit dikatakan berharga lebih AS$ 1.4 juta.