4 daripada 12 botol adalah produk tiruan - Sampel minyak pelincir Shell yang diambil dari jualan dalam talian dan pasaraya
Erywan
12/09/2019 03:31 MYT
12/09/2019 03:31 MYT
Selepas berada di negara ini selama lebih 127 tahun, Shell kini adalah satu daripada jenama yang paling diyakini di Malaysia.
Warisan itu terbina menerusi beberapa generasi pemilik perniagaan dan pengguna yang meyakini kualiti produk dan integriti rantaian nilai jenama syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, jenama terbabit terjejas dengan bertambahnya produk tiruan dan tidak sah yang dijual di pasaran gelap pelincir.
Pada 2018, Shell sudah menjalankan ujian makmal ke atas sampel rawak produk-produk yang didakwa sebagai produk tulen Shell, yang dijual secara dalam talian dan juga di pasaraya besar.
Keputusan ujian makmal itu menunjukkan bahawa empat daripada 12 botol yang dijual adalah produk tiruan.
Dalam usaha yang berterusan untuk melindungi integriti jenama Shell dan untuk memastikan supaya pelanggan hanya akan memperoleh produk Shell yang tulen, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd terdorong untuk memperkukuhkan kerjasamanya dengan agensi penguatkuasaan untuk membanteras penjualan pelincir tiruan yang dijual sebagai produk tulen Shell kepada pengguna dan bengkel.
Baru-baru ini, syarikat berkenaan mengadakan bengkel latihan khas yang dihadiri oleh hampir 100 pegawai penguat kuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tujuannya adalah bagi melengkapkan agensi-agensi berkenaan dengan pengetahuan untuk membezakan antara pelincir Shell tulen dan produk-produk tiruan dan haram semasa menjalankan serbuan.
Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, pihaknya berterima kasih kepada agensi penguatkuasaan kerana memberikan perhatian serius terhadap isu itu yang menyebabkan kekeliruan di pasaran, mengancam reputasi Shell dan menjejaskan mata pencarian pemilik bengkel yang menjalankan perniagaan mereka dengan jujur.
“Kami mahu menyampaikan pujian terhadap pihak berkuasa atas usaha mereka dalam memerangi kegiatan pengeluaran dan pengedaran pelincir tiruan yang menjejaskan jenama-jenama terkemuka termasuklah Shell.
“Sebagai pemilik jenama, kami benar-benar bimbang tentang jumlah pengguna yang terbeli pelincir tiruan melalui saluran yang tidak sah,” katanya.
Pengguna dinasihatkan supaya membeli pelincir rasmi Shell yang tulen yang didatangkan dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ serta kod QR yang boleh disahkan ketulenannya melalui laman web SHARE (www.shell.com.my/share), serta dari kedai-kedai yang berdaftar.