Antarabangsa
4 Varian Proton X70 Versi CKD Ditawarkan, Tiada Versi 4WD, Harga Bermula RM94,800 - Lebih Murah!
Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akhirnya diperkenalkan bagi pasaran Malaysia dengan empat varian menerusi Standard, Executive, Premium dan Premium X.
Namun, bagi versi CKD ia tidak mempunyai varian Pacuan Semua Roda (AWD). Difahamkan, pihak Proton tidak mengeluarkan versi AWD kerana kurang permintaan daripada pengguna.
Jadi semua varian Proton X70 CKD ditawarkan dengan pacuan dua roda hadapan yang menggunakan enjin 1.8 liter TGDi.
Ia juga dipadankan dengan kotak gear baharu iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) tujuh kelajuan automatik.
Padanan transmisi baharu itu membuatkan prestasi Proton X70 CKD lebih mantap dengan peningkatan tork sebanyak 15Nm dengan jumlah keseluruhan adalah 300Nm berbanding 285Nm sebelum ini.
Apa yang menariknya, transmisi baharu itu memberi tahap penjimatan bahan api sehingga 13 peratus dan pecutannya 0-100km/j lebih pantas dengan mencatatkan 9.5 saat berbanding model CBU hanya 10.5 saat, iaitu dengan perbezaan satu saat.
Selain itu, Proton X70 CKD hadir dengan warna baharu iaitu Space Gray (gambar di atas). Ia juga mempunyai warna lain membabitkan putih, perak, kelabu, merah dan coklat.
Sebelum ini, harga bagi model CBU adalah Standard 2WD dijual pada harga RM99,800, varian Executive 2WD berharga RM109,800, varian Executive AWD berharga RM115,800 manakala varian tertinggi Premium 2WD berharga RM123,800.
Nampaknya, harga model Proton X70 CKD lebih murah berbanding CBU antara RM1,000 sehingga RM5,000.
Ini spesifikasi perbezaan Proton X70 CKD dan tanda (*) adalah ciri tambahan mengikut varian:
Standard 2WD - RM94,800 (Sebelum ini RM99,800)
- Enjin 1.8 liter TGDi
- DCT tujuh kelajuan automatik
- 6 SRS beg udara
- Lampu hadapan halogen
- Rim aloi 17 inci
- Kerusi balutan fabrik
- 8 inci infotaimen dengan navigasi online
- 6 pembesar suara
- Kamera pandang belakang
- Sistem pembersih udara
Executive 2WD - RM106,800 (Sebelum ini RM109,800)
- Enjin 1.8 liter TGDi
- DCT tujuh kelajuan automatik
- 6 SRS beg udara
- Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)*
- Rim aloi 18 inci*
- Kerusi balutan kulit*
- 8 inci infotaimen dengan navigasi online
- 8 pembesar suara*
- Kamera 360 darjah*
- Sistem pembersih udara
- Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara*
- Kerusi berkuasa bahagian pemandu*
- Bukaan but berkuasa*
- Front welcome lamps*
Premium 2WD - RM119,800 (Varian baharu)
- Enjin 1.8 liter TGDi
- DCT tujuh kelajuan automatik
- 6 SRS beg udara
- Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)
- Rim aloi 19 inci*
- Kerusi balutan kulit Nappa*
- 8 inci infotaimen dengan navigasi online
- 9 pembesar suara dengan amplifier dan subwoofer*
- Kamera 360 darjah
- Sistem pembersih udara
- Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara
- Kerusi berkuasa bahagian pemandu
- Bukaan but berkuasa dengan bukaan pengesan pergerakan kaki*
- Front welcome lamps
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar*
- Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADA)*
- Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan butang boleh laras bahagian sisi kanan (boss switch)*
Premium X 2WD - RM122,800 (Sebelum ini RM123,800)
- Enjin 1.8 liter TGDi
- DCT tujuh kelajuan automatik
- 6 SRS beg udara
- Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)
- Rim aloi 19 inci
- Kerusi balutan kulit Nappa
- 8 inci infotaimen dengan navigasi online
- 9 pembesar suara dengan amplifier dan subwoofer
- Kamera 360 darjah
- Sistem pembersih udara
- Tempat duduk penumpang dan pemandu mempunyai saluran penyaman udara
- Kerusi berkuasa bahagian pemandu
- Bukaan but berkuasa dengan bukaan pengesan pergerakan kaki
- Front welcome lamps
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar
- Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADA)
- Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa dengan butang boleh laras bahagian sisi kanan (boss switch)
- Bumbung matahari panoramik*
Must-Watch Video