Golongan ibu bapa pastinya sedia maklum bahawa memandu dengan anak kecil kadang kala boleh mendatangkan stres yang akan mengakibatkan tumpuan terganggu.

Bagi membantu anda, kami sediakan lima tips keselamatan untuk mereka memandu bersama anak kecil:

1. Kerusi kereta kanak-kanak adalah satu kemestian. Kanak-kanak perlu menggunakan kerusi itu sehingga mereka berusia 12 tahun atau mencapai ketinggian 135cm. Pilih kerusi yang bersesuaian dengan saiz dan berat anak anda atau dapatkan sahaja kerusi yang boleh digunakan bagi pelbagai peringkat usia.

2. Pastikan anak anda berada dalam keadaan selesa dan tidak memakai baju yang terlalu tebal ketika duduk di atas kerusi kanak-kanak kerana dikhuatiri boleh menyebabkan operasi terganggu jika berlaku perlanggaran. Dapatkan cermin pandang belakang tambahan untuk meninjau keadaan anak anda di belakang dengan lebih mudah.

3. Bawa permainan, buku atau DVD kegemaran anak anda supaya mereka terhibur sepanjang perjalanan. Secara tidak langsung, anda dapat memberikan tumpuan kepada jalan raya. Tetapi janganlah sampai anda pula yang ralit nanti.

4. Pek makanan ringan yang sihat seperti potongan sayur dan buah-buahan dan letakkan di dalam bek penyejuk (cooler beg) supaya lebih teratur.

5. Isi minyak, tambah nilai Touch n Go dan pastikan anak anda sudah ke tandas sebelum memulakan perjalanan.

Jika anda sedang mencari kerusi kereta kanak-kanak, anda boleh membelinya dengan menekan pautan di shopee.com.my atau lazada.com.my

Sumber gambar: www.recaro.com