Honda Malaysia memanggil balik 7,050 CR-V buatan 2018 bagi kempen penukaran butang tekan tombol gear.

Kempen itu dilakukan berikutan kesukaran pelanggan untuk menukar tuil transmisi dari posisi parkir ke posisi gear.

Pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia, jadi syarikat berkenaan benar-benar memohon maaf bagi kesulitan yang dialami itu.

Penukaran butan tekan tombol gear itu ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Pelanggan yang terbabit akan menerima surat pemberitahuan.

Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka ke pusat pengedar Honda untuk pemeriksaan.

Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi di talian bebas tol nombor 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my