Antarabangsa
7 perkara baharu yang anda perlu tahu tentang Mazda2 Facelift
Seperti yang anda mungkin tahu, Mazda2 dikenali sebagai Demio di Jepun tetapi bermula dengan model facelift terbaru ini, nama terbabit akan digugurkan dan digantikan dengan nama Mazda2 sedia ada.
Selepas lima tahun berada di pasaran, ini adalah kali kedua Mazda2 dikemaskini selepas yang pertama pada tahun 2017.
Untuk membezakan dengan model facelift ini, drebar perincikannya membabitkan:
1. Perubahan ini kali memberikan model kompak ini wajah lebih segar dengan lampu yang lebih tajam dan reka bentuk gril baharu seperti pada model-model semasa Mazda.
2. Selain itu, ia menerima rim aloi 16 inci rekaan terbaru dalam kemasan ‘gunmetal’.
3. Di dalam, perubahan lebih membabitkan aspek kelengkapan dan keselesaan. Sebagai contoh, sistem infotainmen Mazda Connect kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, manakala ciri cermin pandang belakang ‘auto dimming’ dan tempat duduk pemandu dengan pelarasan 6 cara ditawarkan pada varian tertentu.
4. Bukan itu sahaja, Mazda turut menambahbaik aspek penebatan bunyi bagi melahirkan suasana kabin yang lebih senyap.
5. Malah, konsep daripada platform Skyactive-Vehicle Architecture yang digunakan oleh model generasi baharu turut diguna pakai pada tempat duduk dan sistem suspensi untuk pemanduan lebih selesa.
6. Mazda2 ditawarkan dengan pilihan enjin Skyactiv-G 1.5 dan Skyactiv-D 1.8 dengan pilihan transmisi manual dan automatik, serta pacuan 2WD dan AWD. Sistem penjanaan semula tenaga brek i-Eloop turut disertakan secara standard bagi kedua-dua varian.
7. Bagi aspek keselamatan pula, model ini mendapat lampu utama LED dengan 20 LED yang dikawal secara individu, manakala sistem Cruise Control kini didatangkan dengan fungsi Stop & Go.
8. Di Jepun, harga Mazda2 bermula dari 1,544,400 yen (RM58,860).
Must-Watch Video