702 Unit Ram 1500 TRX Launch Edition Habis Dijual Dalam 3 Jam
Erywan
24/08/2020 01:30 MYT
24/08/2020 01:30 MYT
Percaya atau tidak, sebanyak 702 unit trak pikap jenama RAM habis dijual dalam masa hanya tiga jam tempahan dibuka.
Model yang mencatat jualan laris itu ialah Ram 1500 TRX Launch Edition edisi 2021 yang dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
Trak RAM edisi terhad ini akan menggunakan enjin 6.2 liter V8 dengan khidmat supercharger dan didatangkan dengan warna kelabu istimewa iaitu Anvil Gray.
RAM mengesahkan tiada trak pikap lain selain TRX akan diberi salutan warna kelabu itu. Malah kabin trak ini menyaksikan aplikasi lencana aluminium dengan kemasan warna merah pada bahagian konsol tengah, petanda ini sebuah TRX tulen.
Lencana aluminium itu memaparkan nombor identifikasi kenderaan (VIN), jenis alat supercharger dan output kuasa kuasa trak itu.
Semua unit trak pikap TRX Launch Edition akan mendapat pakej TR2 (Level 2 Equipment Group) iaitu pakej skim warna kelabu dengan aksen merah termasuk jahitan benang merah turut dikenakan pada semua tempat duduk, papan pemuka, panel pintu dan stereng roda.
Pakej sama juga menyaksikan padanan komponen gentian karbon dalam ruang kabin, ada skrin digital bersaiz besar pada bahagian tengah papan pemuka, rim dan tayar jenis beadlock, dua bumbung matahari dan panoramik, grafik badan istimewa dan sistem audio 19 pembesar suara Harman Kardon. Semua ini berharga AS$90,265 (RM377,307).
“Kami pernah kata RAM 1500 TRX Launch Edition sememangnya pantas. Dan kami maksudkan bukan dengan hanya satu cara,” kata Ketua Jenama RAM, Mike Koval Jr.
Apa yang dimaksudkan beliau ialah bukan tertumpu pada kelajuan trak tetapi juga laris dijual dalam sekelip mata. RAM mendakwa trak 1500 TRX boleh capai kelajuan 96 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.5 saat dan kelajuan maksimum 189km/j.