Tempatan

7-Eleven Mahu Tambah 500 Stesen Pengecas EV

gempak
Erywan
08/06/2021
02:22 MYT
Sponsor Banner
7-Eleven Mahu Tambah 500 Stesen Pengecas EV
Rantaian peruncitan 7-Eleven (7E) bukan sekadar premis serbaneka tetapi kini melangkah kepada bidang pembekalan tenaga elektrik untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV).
Di Amerika Syarikat (AS), 7E sudah membentangkan rancangan memasang sekurang-kurangnya 500 Pengecas Pantas Arus Terus (DCFC) di 250 premis terpilih di Kanada dan AS sebelum akhir 2022.
Port DCFC ini akan dimiliki dan dikendali 7-E sebagai pilihan baharu kepada pemilik EV untuk mengecas semula bateri kenderaan mereka.
7-E ada 22 stesen pengecasan ini di 14 gedung di empat negeri AS. Seandainya misi ini berjaya, 7-E akan memiliki sistem pengecasan pantas terbesar dalam kalangan firma peruncitan di AS.
Mungkin ramai tidak sedar, 7-E sebenarnya banyak memperkenalkan idea-idea baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Langkah menambah stesen pengecas EV akan membantu meluaskan penerimaan kenderaan EV berbanding bahan api fosil demi masa depan lebih bersih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live