8 Fakta Honda NC750X (2021) Lancar di Eropah
Erywan
10/12/2020 08:30 MYT
10/12/2020 08:30 MYT
Pasaran Eropah baru saja memperkenalkan Honda NC750X (2021). Terdapat beberapa kemas kini dilakukan bagi motosikal touring itu yang memfokuskan kepada prestasi jalanan.
Berikut pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Honda: 1.Kuasa puncak meningkat bersama dengan peningkatan 600rpm rev.
2.Kini terdapat tiga mod tunggangan bersama dengan mod boleh kustom versi DCT. Bersama dengan tawaran mod baharu itu tersedia paparan LCD warna penuh baharu.
3.Honda juga menyatakan Selectable Torque Control diperhalusi yang melaraskan mampatan brek enjin bagi menghindari gelinciran tayar belakang ketika nyahpecutan.
4.Penghantaran kuasa baharu menyumbang kepada perubahan nisbah gear yang mana tiga gear bawah lebih rendah berbanding tahun lalu.
5. Suspensi juga lebih rendah berbanding tahun lalu begitu juga ketinggian pelana. Fork dipendekkan 0.7 inci dan suspensi belakang direndahkan 1.2inci. Tinggi pelana 31.5 inci direndahkan sebanyak 1.2 inci berbanding sebelumnya.
6. Berat lebih ringan 5.9kg.
7. Kini menggunakan tayar Dunlop Trailmax D603.
8. Ruangan simpanan minyak kini bersaiz 23 liter dengan peningkatan seliter dan slot mengecas USB menawarkan kemudahan kepada penunggang.
Spesifikasi Honda NC750X dan NC750X DCT
ENJIN
- Jenis: Parallel twin
- Sesaran: 745cc
- Gerek X Lejang: 77 x 80mm
- Kuasa Maksimum: 58 hp @ 6750 rpm
- Tork Maksimum: 69Nm @ 4750 rpm
- Nisbah Mampatan: 10.7:1
- Transmisi: 6-kelajuan (DCT: Auto penuh)
- Klac: Manual (DCT: Auto penuh)
CASIS
- Kerangka: Tiub Diamond
- Suspensi Depan: travel, fork 41mm tidak boleh laras; 4.7 inci
- Suspensi Belakang: travel, linkage bantuan shock boleh laras spring pra beban; 4.7 inci
- Rim: Tuangan aluminium
- Tayar: Dunlop Trailmax D609
- Tayar Depan: 120/70 × 17
- Tayar Belakang: 160/60 x 17
- Brek Depan: Cakera 320mm, kaliper 2-piston Nissin
- Brek Belakang: Cakera 240mm, kaliper piston tnggal
- ABS: Standard
WARNA
- Glint Wave Blue Metallic
- Mat Ballistic Black Metallic
- Grand Prix Red