Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Tempatan

9 hadiah kereta Honda sempena kempen Road to 900,000th Unit Milestone

Erywan 29/07/2019 | 07:24 MYT

Sempena kejayaan jualan 900,000 unit, Honda Malaysia melancarkan kempen Road to 900,000th Unit Milestone yang mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi sembilan model kenderaan jenama berkenaan.

Kempen itu berlangsung di 90 pusat pengedar jualan Honda di seluruh Malaysia bermula Ogos sehingga September 2019 ini.

Jadi, masyarakat Malaysia boleh menyertai kempen itu dengan mendaftar melalui kod QR atau melayari laman portal kempen berkenaan.

Kemudian anda perlu berkunjung ke pusat pengedar jualan Honda untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan Honda Malaysia untuk mendapat tiket. Aktiviti yang diadakan membabitkan mencari dan merakam foto emblem kereta Honda yang tersembunyi, pandu uji atau servis kereta Honda di mana-mana pengedar sah Honda.
Pelanggan yang membuat tempahan atau mendaftarkan kereta Honda bermula 1 Ogos sehingga 22 September 2019 juga layak mendapatkan tiket. Semakin banyak tiket yang dikumpul, semakin tinggi peluang untuk menang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata, sempena meraikan pencapaian itu, pihaknya mahu berkongsi dengan masyarakat dengan menganjurkan kempen Road to 900,000th Unit Milestone.

“Mereka yang bertuah akan memenangi Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V and Accord.

“Ini adalah peluang kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang membuatkan Honda menjadi No.1 dalam segmen kenderaan bukan nasional di Malaysia,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2002, Honda Malaysia sudah banyak mencipta sejarahnya membabitkan menghasilkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD).

Pada masa sama, Honda Malaysia juga memperkenalkan kenderaan generasi termaju dalam rangkaian produknya membabitkan model Turbocharged, Sport Hybrid i-DCD dan Honda SENSING.

Buat pengetahuan anda, Malaysia juga satu-satu negara yang menawarkan model Sport Hybrid i-DCD membabitkan Jazz, City dan HR-V selepas Jepun sejak 2004.

Untuk menyertai atau mengetahui lebih lanjut kempen Road to 900,000th Unit Milestone, anda boleh melayari www.honda.com.my/microsite/900k atau Facebook https://www.facebook.com/hondamalaysia/.

#honda #Drebar
;