Abang 'bikers' rai penjawat awam bertugas awal pagi
Erywan
03/06/2019 03:40 MYT
03/06/2019 03:40 MYT
Ketika orang lain sedang dibuai mimpi, lain pula kisahnya bagi kumpulan motosikal berkuasa tinggi dari tiga daerah di Perak mereka bekerjasama dan sanggup bersengkang mata dari jam 12.00 tengah malam hingga 4.30 pagi semata-mata untuk mengedarkan pek bersahur kepada penjawat awam yang bertugas pada waktu tengah malam sehingga awal pagi.
Pengerusi Kerian Choppers, Azhar Aziz, berkata program kelolaan Salam Bikers Taiping dengan kerjasama Kerian Choppers, BCB Biker (Selama), Larut, Matang Selama (LMS) Bikers dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Kelab Kulaan Malaysia (KKM), turut singgah di sekolah tahfiz dan rumah orang-orang tua.
Menurutnya, Ride Amal Singgah Sahur di daerah Kerian, merupakan program ketiga sepanjang bulan Ramadan dan penutup program ini.
Katanya, program itu bertujuan meraikan dan menghargai petugas penjawat awam yang menjalankan tugasan mereka dari malam hinggalah awal pagi.
"Terdahulu program sama sudah dilaksanakan di dua daerah iaitu di Selama dan Taiping. Hari ini seramai 40 bikers dari Kerian, Taiping, Selama dan KKM bergabung tenaga meraikan mereka (penjawat awam) termasuk sekolah-sekolah tahfiz serta rumah orang-orang tua.
"Ahli-ahli kita banyak yang pencen dan ada yang masih berkerja sebagai penjawat awam, jadi kami tahu bagaimana perasaan mereka 'berjaga' ketika orang lain dibuai mimpi. Justeru ini sahaja cara kami dalam berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama mereka,"katanya.
Konvoi yang turut disertai wartawan ini dilepaskan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sekitar jam 12.30 tengah malam tadi dan lebih menarik apabila beliau turut serta menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama untuk mengedarkan pek bersahur pada petugas di kawasan Bagan Serai.
Noor Azmi berkata, pihaknya menyokong dan amat menyanjung program amal yang unik itu, malah sedia memberikan kerjasama serta mengalu-alukan kelab permotoran seluruh Malaysia untuk datang beramal ke Parlimen Bagan Serai.