Tempatan
Ada 25 buah Trak Tunda Mercedes-Benz Sprinter Petronas Edition
Jenama Mercedes-Benz Sprinter sudah melangkaui usia 25 tahun dalam segmen van global, satu siri diperkenalkan pada 1995 sebagai produk pengganti TN.
Bagi menyambut Jubli Perak van Sprinter, sebuah syarikat pembuat badan kenderaan popular Poland iaitu Kegger tampil dengan satu kejutan luar biasa. Mereka mengubah van Sprinter menjadi trak tunda edisi khas.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/mercedes-benz-sprinter-petronas-edition-03.jpg)
Van berbentuk trak tunda itu dinamakan Sprinter Petronas Edition dengan hiasan badan yang diinspirasikan daripada jentera lumba Formula Satu (F1). Varian Sprinter yang digunakan ialah 319 CDI.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/mercedes-benz-sprinter-petronas-edition-02.jpg)
Kuasa dari enjin dihantar ke roda belakang dengan bantuan sistem transmisi tujuh kelajuan automatik. Ini adalah antara beberapa trak tunda yang dipasang sistem suspensi angin.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/mercedes-benz-sprinter-petronas-edition-05.jpg)
Gril radiator diwarnakan hitam dan rim aloi tona sama berukuran 18 inci dipasang pada Sprinter ini. Roda trak tunda ini ada hiasan garisan biru halus sebagai warna kontra badan serta menambah baik imej keseluruhan Sprinter Petronas Edition.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/mercedes-benz-sprinter-petronas-edition-04.jpg)
Penebat bunyi tambahan turut diberikan selepas selesai menaik taraf sistem audio traknya. Sebagai sebuah trak tunda, bahagian belakangnya mendatar (flatbed) dan memiliki dua tanjak (ramp) untuk menaikkan kenderaan rosak ke atasnya.
Selain itu, ada ruang simpanan besar dan beberapa peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja menunda kereta rosak. Kegger menjual trak ini pada harga €125,000 (RM608,550).
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/mercedes-benz-sprinter-petronas-edition-07.jpg)
Must-Watch Video