Ada Wang RM3 Juta, Boleh Beli Syarikat Supercar AS
Erywan
07/04/2021 03:24 MYT
07/04/2021 03:24 MYT
Jika bercadang mahu melibatkan diri segmen supercar dalam industri automotif dunia, modal awal yang anda perlukan cuma AS$675,000 (RM2.97 juta).
Wang itu sudah cukup untuk membeli syarikat supercar Amerika Syarikat (AS) iaitu Falcon Motorsports dan bergelar tokey baharu.
Bukan itu sahaja, harga pembelian itu termasuk sebuah supercar keluaran syarikat sama iaitu Falcon F7 berharga AS$250,000 (RM1.03 juta).
Tiada sesiapa tahu sebab utama mengapa pemilik asal mahu menjual syarikat supercar Falcon dengan harga serendah itu.
Berdasarkan laporan, pegawai-pegawai di Falcon Motorsports menyatakan tag harga itu termasuk peralatan diperlukan, material, paten, logo, lukisan dan data kejututeraan lain.
Falcon Motorsport pernah mencipta beberapa supercar sejak 2009 dan satu daripadanya ialah model F7 yang menggunakan enjin V8, casis monokok aluminium dan diperkukuh dengan gentian karbon.
Enjin V8 itu berkapasiti 7.0 liter keluaran General Motors (GM) yang mampu menghasilkan 620hp dan tork 810Nm. Cumanya, Falcon Motorsport tidak dapat menjual supercar F7 dalam jumlah tinggi dan kembali senyap sejak itu.

Sumber: Loopnet.com