Antarabangsa

Adakah Benar Hanya Ada 20 Unit Toyota Supra GRMN (2023)

gempak
Erywan
17/07/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
Adakah Benar Hanya Ada 20 Unit Toyota Supra GRMN (2023)
Toyota Supra GRMN baharu yang dikhabarkan model sport hardcore Toyota ini akan dijual pada 2023 dan hanya 20 unit disediakan. Bahkan menarik perhatian ialah versi sport hardcore milik Toyota berkenaan menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding pesaingnya.
Lebih spesifik tentang spesifikasi model itu adalah BMW memiliki enjin 3.0 liter sebaris 6-silinder turbo twin scroll yang akan digunakan pada M3/M4.
Difahamkan jana kuasa itu akan diumumkan sekitar tahun ini yang menghasilkan kuasa 520PS dan tork 608Nm bersama transmisi M-DCT 7-kelajuan.
Ia dicapai hasil usaha Ketua Jurutera Toyota, Tetsuya Tada dan jika maklumat ini adalah sahih bermakna keputusan sudah pun diputuskan untuk jana kuasa Supra GRMN.
Ini adalah projek buat pembeli varian tertinggi RZ bagi model GR Supra, tetapi Tetsuya Tada menjelaskan akan ada model RZ setiap tahun pada masa akan datang.
Diharapkan menjelang musim bunga 2021 akan ada edisi tambahan pada model tahunan dengan kuasa 400PS pada bilangan terhad 20 unit mungkin dengan warna Matt Storm Gray Metallic (kelabu).
Namun ada kemungkinan model ini akan menjadi versi terakhir dalam siri Supra pada masa akan datang. Tentunya bukan hanya prestasi enjin, tetapi bakal dipertingkatkan dengan beberapa kemas kini serta padanan rim 19-20 inci.
Cuma jika model yang bakal diperkenalkan itu ialah versi hardcore tentunya tidak akan ada corong udara palsu melainkan yang asli bagi meningkatkan kecekapan penyejukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live