,
Antarabangsa

Adakah Perodua Myvi GT Akan Dilaksanakan Atau Tidak? Ini Jawapan Yang Kami Tahu Setakat Ini

Erywan
21/01/2020
08:21 MYT
Pada penghujung 2018, Perodua mempamerkan model konsep mereka menerusi model Myvi GT kepada pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018).
Jadi adakah model sport itu akan dihasilkan untuk pasaran, ini jawapan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad selepas majlis pembentangan prestasi Perodua sepanjang 2019 sebentar tadi. Menurutnya, pihaknya masih lagi menilai sama ada untuk menghasilkan kenderaan itu pada masa akan datang.
“Buat masa ini, kita tidak mempunyai isu atau masalah. Tetapi mempunyai kesukaran untuk menilai dari segi teknikalnya. “Jika untuk menghasilkan model Myvi GT itu seperti yang dipamerkan pada KLIMS 2018, ia perlu memenuhi piawaian standard sama ada dari segi keselamatan, kualiti dan paling penting adalah harganya.
“Kita juga sedang menilai sama ada pelaburan yang dilakukan pada model itu akan dapat balik pelaburan berkenaan dalam tempoh tertentu," katanya. Pada masa sama, Perodua akan melakukan survei terlebih dahulu sebelum melaksanakan kenderaan sporty seperti Myvi GT..
Nampaknya, masih jauh lagi sama ada model Myvi GT itu akan dilaksanakan atau tidak. Berharap survei dilakukan itu menyebelahi buat peminat-peminat Myvi yang dahagakan jentera lebih menarik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni