Antarabangsa
Akibat Tidak Mampu, Remaja Ini Bina Kereta Sendiri Bawah RM800
Kemiskinan itu bukan penghalang untuk sesiapa maju ke hadapan. Perkara ini sudah dibuktikan oleh anak muda di Ghana.
Namanya Kelvin dan dia berumur 18 tahun. Dia berasal dari keluarga miskin dan tinggal di luar bandar Accra, Ghana. Di Ghana, pemilikan kereta sebenarnya suatu barangan mewah.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/remaja-bina-kereta-sendiri-01.jpg)
Dia bina kereta ini kerana dia sebenarnya tak mampu beli kereta yang ada di bilik pameran atau kenderaan terpakai.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/remaja-bina-kereta-sendiri-02.jpg)
Drew berjaya memujuk Kelvin untuk berkongsi kisah projek itu dan diberi peluang untuk naik kereta luar biasa terbabit untuk beberapa pusingan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/remaja-bina-kereta-sendiri-06.jpg)
Kereta itu dianggarkan siap dibina dalam tempoh tiga tahun kerana Kevin hanya beli barang dari kedai besi terbuang apabila dia ada wang. Selebihnya, dia guna tangan sendiri untuk membinanya.
Enjin digunakan diambil dari sebuah motosikal dan kereta Kevin ada sistem radio! Cuma, kereta ini tiada cermin tingkap.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/remaja-bina-kereta-sendiri-05.jpg)
Ruang dalam kereta pula nampak seperti menggunakan kayu. Kerera Kevin ada spoiler tinggi di belakang. Anda boleh menonton video Drew dan Kevin di sini:
Must-Watch Video