Alex Marquez meraikan kemenangan MotoGP 'pertama' biarpun hanya dengan beraksi melalui permainan video sempena kempen ‘StayAtHomeGP’ yang diadakan semalam.

Perlumbaan video itu disertai 10 pelumba sebenar termasuk juara dunia enam kali yang juga abangnya, Marc. Kali ini, adik lebih menyerlah daripada abang yang mendapat tempat kelima.

Berikutan penularan wabak Covid-19 banyak acara sukan ditangguhkan, jadi juara Moto2 berusia 23 tahun itu terpaksa menunggu untuk beraksi di MotoGP tahun ini bersama abangnya dalam pasukan Repsol Honda.

Perlumbaan atas talian dianjur penganjur MotoGP itu memaksa semua pelumba hanya memegang ‘joystick'. Aksi mereka boleh dilihat dalam lawan sesawang MotoGP.

Ditempat kedua, dimenangi Pramac Ducati, Francesco Bagnaia diikuti pelumba Yamaha kelahiran Sepanyol, Maverick Vinales di tempat ketiga.

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo menduduki tempat keempat dan berjaya mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan. Perlumbaan enam pusingan di Litar Mugello itu menyaksikan Marc Marquez mendudukit tempat kelima.

Sementara itu Alex berkata, atlet esukan Indonesia, Putut Maulana memberikannya beberapa tips berguna, sekali gus membolehkannya berjaya mengetepikan pelumba lain.