Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS

Erywan
19/02/2020 09:28 MYT
PETRONAS Lubricant International (PLI), anak syarikat PETRONAS sepenuhnya memgumumkan En De Liow, 26, (duar dari kiri) dari Malaysia memenangi PETRONAS Trackside Fluid Engineer (PTFE) 2020.

Kemenangan itu membuatnya bakal memberi perkhidmatan berhubung bendalir bagi Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS dalam 22 perlumbaan pada musim ini.

Edisi kedua PTFE memerlukan peserta mengharungi pusingan sengit yang menguji pengetahuan teknikal, inter-personal, kemahiran berkomunikasi dan kerja secara berpasukan.

Jurutera automotif itu meyakinkan juri pada pusingan akhir pemilihan yang diakhiri dengan temuramah bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO PLI, Giuseppe D’Arrigo.

D’Arrigo berkata, sebagai satu organisasi, pihaknya amat bersunguh-sungguh dalam melabur kepada bakat muda untuk idea inovatif untuk pembangunan teknologi bendalir bertaraf tinggi kepada rakan kongsi dan pengguna.

“Untuk kekal berada dalam aksi Formula 1 ialah satu pengalaman seumur hidup yang akan memberi ganjaran padanya secara peribadi dan profesional, dan kami ucapkan selamat maju jaya kepada En De dan pasukannya untuk musim ini,” katanya.

PTFE menjalankan analisis prestasi di litar untuk bendalir di dalam enjin F1, memberikan maklumat real-time kepada pasukan mengenai keadaan dan kondisi komponen mekanikal Mercedes-AMG F1 W11 EQ Performance.

Mereka akan bekerja di makmal untuk semua aktiviti berkaitan bendalir pelincir di perlumbaan-perlumbaan seluruh dunia bersama saintis dan jurutera terbaik dalam bidang ini.
;