Watch
Apakah Traction Control System dan fungsinya, kami ada jawapannya
Gambar: Lexus
Banyak kenderaan moden yang dihasilkan pada masa kini didatangkan dengan ciri kawalan cengkaman atau lebih dikenali sebagai Traction Control System (TCS).
Selain ABS, Electronic Stability Control (ECS) dan Brake Assist, Traction Control adalah satu ciri yang paling kerap digunakan oleh pengeluar kenderaan.
Gambar: Nissan
Namun, tahukah anda apa itu Traction Control?
Pada asasnya, TCS adalah satu ciri keselamatan aktif yang direka bagi membolehkan kenderaan menggunakan semua cengkaman yang ada apabila bergerak di atas permukaan yang licin. Sistem ini diaktifkan apabila ia mengesan kegelinciran tayar (wheel slip) yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu di atas permukaan seperti salji, ais atau berpasir.
{^widget|(videourl)https%3a%2f%2fyoutu.be%2fiBU2n-HI2oM|(name)YouTubeVideo|(autoplay)False|(widget_displayname)YouTube+video|(width)640|(height)360^}
Bagaimanakah ia berfungsi?
TCS berfungsi dalam cara yang hampir sama dengan ABS dan ia selalunya dianggap sebagai ciri tambahan kepada ABS. Malah, TCS menggunakan komponen yang sama seperti ABS iaitu:
Sensor kelajuan roda yang ditugaskan untuk memantau kelajuan roda Modulator hidraulik untuk mengepam brek Unit kawalan elektronik (ECU) yang menerima data dari sensor kelajuan roda dan jika perlu, mengarahkan modulator hidraulik untuk mengepam brek
ABS dan TCS dalam kenderaan moden diletakkan bersama dengan ECU dan motor hidraulik bagi membentuk satu unit. ECU sentiasa memeriksa untuk sebarang kemungkinan terjadinya kegelinciran tayar.
Apabila ia berlaku, modulator hidraulik akan mengenakan brek pada tayar yang berkenaan untuk memperlahankan tayar tersebut bagi membolehkannya mendapatkan kembali cengkaman.
Ada juga TCS yang bertindak dengan mengurangkan kuasa enjin yang disalurkan ke tayar yang tergelincir. Sama seperti menggunakan brek, ia dapat mengurangkan pusingan pada tayar yang sedang tergelincir.
Must-Watch Video