Aprilia baru saja mendedahkan motosikal RX dan SX 125 baharu. Edisi terkini itu ditawarkan buat penunggang muda mahupun tua untuk tunggangan lasak serta sporty.
Aprilia menumpukan kepada mengoptimumkan prestasi tunggangan dengan melakukan perubahan pada unit enjin dan fungsi asas yang mana kedua-duanya berkongsi peralatan sama. Sebagai sebahagian daripada tradisi RX sesuai buat penunggang trail dengan sentuhan off road, manakala SX pula untuk kegunaan jalan raya.
Kedua-dua RX dan SX berkongsi enjin sama 125cc penyejukan cecari, 4-lejang silinder tunggal DOHC yang menghasilkan kuasa 14.75bhp pada 10,000rpm dan tork 11.2Nm pada 8,000rpm. Lekuk tork dan kuasa maksimum kini dibangunkan pada rev rendah dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang memberikan perbezaan pada mesin kapasiti rendah.
Naik taraf yang dijalankan pada bahagian enjin antaranya menggunakan palam pencucuh iridium baharu, kepala baharu untuk kebuk pembakaran yang direka semula dan rekaan semula garisan ekzos serta talaan pada ECU Marelli MIUG4 ECU baharu untuk prestasi responsif lebih baik.
Kedua-dua RX dan SX ditingkatkan dengan suspensi terkini menggunakan fork terbalik 41mm dan travel 240mm (depan) dan swingarm bersama monoshock dan travel 210mm (belakang). Ia juga dilengkapi dengan instrumen digital baharu dan mudah dibaca. Aprilia SX 125 dilengkapi dengan rim tuangan 17 inci di depan dan belakang bersama brek cakera 300mm (depan) dan 220mm (belakang).
Sementara, RX 125 didatangkan dengan rim lebih besar 21 inci (depan) dan 18-inci (belakang) dengan brek cakera 260mm (depan) dan 220mm (belakang). Kedua-duanya menggunakan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Bosch dengan mod anti olengan yang pertama buat jentera 125cc. Kedua-dua produk memiliki berat 134kg dengan tangki minyak bersaiz 7-liter.
Ketinggian pelana pula 880mm buat SX dan 905mm bagi Aprilia RX. Kedua-dua model didatangkan dengan pilihan warna Silver Speedwat dan warna baharu Rally Tribute serta pilihan warna Red Raceway hanya buat SX 125.
Erywan
Thu Mar 18 2021
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.