Aston Martin dan rakan hasilkan motosikal turbo
Erywan
12/11/2019 03:50 MYT
12/11/2019 03:50 MYT
Pengeluar kereta sport mewah, Aston Martin menjalin kerjasama dengan Brought Superior untuk merealisasikan pembinaan motosikal litar edisi terhad.
Aston Martin dan Brough Superior menyatakan hanya 100 unit motosikal akan dibina. Ia dikenali sebagai AMB 001.
Setiap satunya berharga £100,000 dan kerja-kerja pembinaan menggunakan tangan dilaksanakan di kilang Brough Superior di Toulouse, Perancis.
Kiriman pertama motosikal sport mewah itu dijangka pada musim luruh tahun hadapan. Jentera yang dibina ini bertujuan menggabung tiga elemen iaitu keanggunan, kecantikan dan kuasa.
Motosikal ini dipasang alat pengecas turbo pada enjin V-Twin dan memiliki kelebihan julat rev panjang serta respons enjin luar biasa. AMB 001 mampu memuntahkan kuasa 180hp.
Jentera AMB001 berasaskan gentian karbon ini diperkenalkan pada Pameran Motor Milan baru-baru ini.
Aston Martin menyatakan: "Hanya 100 unit, AMB 001 kegunaan litar mewakili penyatuan reka bentuk ikonik Aston Martin dan kejuruteraan termaju Brough Superior untuk menghasilkan motosikal ini."
Motosikal ini tidak boleh digunakan atas jalan raya biasa dan ia sebenarnya disasarkan kepada kumpulan pengumpul automobil. Tubuh jentera ini diberi salutan warna tradisi Aston Martin Racing iaitu Stirling Green dan Lime Essence dengan Matte Black pada roda, fork serta brek.
Selain gentian karbon, material titanium dan bilet aluminium digunakan dalam proses pembinaannya. Ini menyebabkan berat motosikal ini cuma 180 kilogram.
Reka bentuknya meminjam kombinasi keluk garisan badan supercar Vantage, DBX dan hypercar Valkyrie.